Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 maut letupan di masjid Kabul

    ISLAMABAD, 4 OKT – Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam insiden letupan bom di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan pada Ahad, lapor agensi Anadolu memetik BBC Pashto.

    Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Saeed Khosti berkata tiga orang telah ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan itu.

    Terdahulu, jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid di akaun Twitternya berkata “sejumlah orang awam terbunuh dalam insiden dekat pintu masuk Masjid Eidgah di Kabul. “

    Ketika kejadian orang ramai berkumpul di masjid berkenaan untuk menghadiri upacara memperingati kematian ibu kepada seorang daripada menteri kerajaan sementara Taliban.

    Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda