KATHMANDU, NEPAL, 21 JAN – Lapan pelancong India telah disahkan meninggal dunia hari ini selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik mereka di taman peranginan pergunungan di Nepal, kata polis.
Helikopter penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian untuk membawa pelancong berkenaan ke ibu negara tetapi mereka disahkan meninggal dunia di hospital di Kathmandu, kata pegawai polis, Hobindra Bogati.
Lapan pelancong adalah sebahagian daripada sekelompok 15 yang telah melakukan perjalanan ke Nepal dari negeri Kerala di India. – AP