Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    8 maut termasuk lima kanak-kanak

    WASHINGTON, 5 JAN – Satu kejadian tembakan di negeri Utah Amerika Syarikat mengorbankan lapan orang termasuk lima orang kanak-kanak, menurut polis kelmarin.

    Insiden itu berlaku di sebuah rumah di bandar Enoch, lapor agensi Anadolu memetik kenyataan akhbar.

    Pegawai berkata kejadian itu tidak memberi ancaman kepada orang ramai dan percaya tiada suspek yang bebas.

    Siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada butiran dikeluarkan mengenai identiti atau umur mangsa.

    “Kami bersimpati ke atas semua yang terjejas akibat keganasan yang kejam dan tidak masuk akal ini,” kata Gebenor Utah, Spencer Cox menerusi laman Twitternya. – AP

    Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang berdiri dekat pintu depan rumah Enoch, Utah, di mana lapan ahli keluarga ditemui mati akibat luka tembakan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...