Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 23 Ogos – Salah satu inisiatif untuk mempromosikan Daerah Tutong sebagai lokasi pelancongan yang menarik, Jabatan Kemajuan Pelancongan di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah melancarkan lapan pakej baru melalui Pakej Destinasi Tutong.
Pelancaran pakej berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong selaku tetamu kehormat malis yang berlangsung di kawasan Jeti Sungai Tutong, Pekan Tutong, pagi tadi.
Pakej-pakej tersebut yang diperkenalkan berkenaan terdiri daripada Pakej Tutong Thursday Market, Pakej Tutong Cottage Industry Tour, Pakej pengalaman Kebudayaan Tutong, Pakej Pengalaman Pengembaraan sehari di Kiudang, Pakej ‘Back to Nature’, Pakej Pelayaran Sungai Tutong (Tutong River Cruise), Pakej Dua Hari Satu malam di Tutong dan Pakej Dua Hari Satu Malam di Kampung, Daerah Tutong.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata