Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Lapan pasukan kategori Terbuka telah mengesahkan mara ke suku akhir kejohanan Futsal di antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-32.
Selepas 4 pasukan dari Kumpulan A telah mengesahkan kemaraan, giliran Kumpulan B bersaing dalam perlawanan liga bagi melengkapkan 4 pasukan terbaik untuk melangkah ke suku akhir pada perlawanan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA) berada di tangga teratas dalam Kumpulan A selepas mengutip 10 mata hasil tiga kemenangan dan sekali seri, sementara Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) berada di tangga kedua.



Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (MCYS) turut mengesahkan kemaraan mewakili Kumpulan A Terbuka.
Terdahulu itu, empat pasukan dari Kumpulan B telah lebih awal lega melangkah ke suku akhir iaitu pasukan Kementerian Hal Ehwal Ugama (MORA), Jabatan Perdana Menteri (PMO), Kementerian Pembangunan (MOD), dan Kementerian Pendidikan (MOE).
Kejohanan Futsal di antara Kementerian-Kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-32 juga menyaksikan perlawanan bagi kategori veteran yang akan meneruskan persaingan dalam Kumpulan B pada Selasa ini.

