Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 pegawai imigresen ditahan kerana rasuah

    LILONGWE, 12 JULAI – Biro Pencegahan Rasuah (ACB) Malawi kelmarin menahan lapan pegawai dan dua orang awam atas dakwaan rasuah dalam urusan pengeluaran pasport.

    Badan antirasuah itu membuat tangkapan selepas menjalankan siasatan penyamaran di pejabat wilayah Jabatan Imigresen dan Perkhidmatan Kewarganegaraan di ibu kota Lilongwe, berikutan aduan yang semakin meningkat bahawa pemohon pasport membayar lima kali ganda kos pasport Malawi biasa.

    Sambil mengesahkan penahanan itu, Pemangku Ketua Pengarah ACB, Hilary Chilomba memberitahu media tempatan bahawa siasatan biro mendapati orang ramai dipaksa membayar jumlah tambahan sehingga 200,000 Malawi kwacha (kira-kira AS$116 di samping kos rasmi kira-kira AS$29.

    Chilomba menambah bahawa beberapa pegawai yang ditangkap mempunyai jumlah wang yang besar, termasuk seorang suspek dengan jumlah keseluruhan lebih AS$1,400 yang tidak dapat dijelaskan asal-usulnya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda