Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Seramai lapan orang pelanggan bertuah Bank Baiduri membawa pulang hadiah menarik berupa pakej percutian dan pelbagai aksesori percutian setelah terpilih sebagai pemenang bagi Promosi Travel and Get Rewarded with UnionPay Baiduri, pada majlis penyampaian hadiah di Bank Baiduri Cawangan Kiarong, baru-baru ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri.
Pada majlis itu, hadiah berupa pakej percutian keluarga ke Disneyland Hong Kong telah dimenangi oleh Dayang Nurul Nazurah binti Alias, manakala pakej percutian ke Bali untuk dua orang dimenangi oleh Haji Metusin bin Haji Abdul Rahman dan pakej percutian ke Kuala Lumpur dengan perhentian di Melaka dimenangi oleh Dayang Siti Nurul Amalina binti Haji Mohamad.
Sementara itu, lima orang pemenang lagi membawa pulang hadiah sagu hati berupa beg Samsonite Aerial Spinner iaitu Sheena Winifred Hendry, Hajah Rokiah binti Haji Abdul Ghani, Dayang Siti Noorazean binti Haji Jamil, Chan Ban Chang dan Chia Suk Ling.
![Winnie Ang bergambar ramai bersama para pemenang bertuah bagi Promosi Travel and Get Rewarded with UnionPay Baiduri.](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/P6-2A_23217.jpg)
Penyampaian hadiah-hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Pembiayaan Pengguna Bank Baiduri, Winnie Ang.
Para pemenang berkenaan telah menyertai promosi yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2016 dengan membuat pendaftaran baru bagi kad debit UnionPay Bank Baiduri atau menggunakan kad mereka bagi membuat pembelian untuk destinasi Asia yang terpilih, yang secara automatik dimasukkan dalam cabutan untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik termasuk pakej percutian ke destinasi terpilih di Asia.