Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 pelanggaran arahan dicatat

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Kementerian Kesihatan & PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Lapan pelanggaran arahan telah dikesan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan dari pukul 10 malam hingga 4 pagi tadi.

    “Enam daripadanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Manakala itu, dua pelanggaran arahan lain adalah bagi kesalahan tidak mempunyai apli-kasi BruHealth, tambah beliau pada sidang media hari ini.

    Sementara itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya mengongsikan daripada pelanggaran arahan tersebut, dua kesalahan telah didapati di Daerah Brunei dan Muara dan enam lagi kesalahan telah didapati di Daerah Belait.

    PPDB turut menyarankan rakyat dan penduduk negara untuk terus mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan pihak kerajaan, selaras dengan pelanjutan langkah-langkah pengawalan di bawah Operasi Peralihan sehingga 14 Disember.

    Pelanjutan tarikh tersebut bertujuan untuk memastikan kebaikan dan kesejahteraan semua pihak sentiasa terjamin dalam usaha negara melaksanakan pembendungan risiko penularan jangkitan ini berada dalam keadaan terkawal dan dirangka dengan penuh strategik lagi holistik, jelas PPDB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda