Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 pelatih UNIKLEARN sertai kelas masakan Thai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Lapan pelatih UNIKLEARN telah menyertai kelas memasak anjuran Kedutaan Thailand dan An-Nur Harapan di Pusat An-Nur Harapan pagi tadi.

    Peserta-peserta kelas berkenaan telah diajar menyediakan pencuci mulut Thai yang terkenal iaitu Red Ruby atau Tub Tim Grob dengan bimbingan Chef Thikamporn Sawangarom bersama pegawai dan kakitangan Kedutaan Thailand.

    Acara berkenaan turut dihadiri Duta Besar Thailand ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai, bersama Pengurus Besar An-Nur Harapan, Melline Haji Jaini, dan isteri pengerusi An-Nur Harapan, Dayang Rinawaty binti Abdullah Suzanne Rahaman Aeby.

    An-Nur Harapan adalah sebuah perusahaan sosial yang berdedikasi untuk membawa perubahan bermakna dalam komuniti, keluarga, individu, dan alam semula jadi, serta menjadi pemangkin perubahan dengan membantu mengurangkan cabaran sosial komuniti melalui penyelesaian strategik.

    Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai menyatakan dalam ucapan aluan beliau, “Red Ruby adalah pencuci mulut Thai yang terkenal yang melambangkan cinta dan persahabatan. Kelas memasak istimewa ini juga tepat pada masanya untuk menyambut Ramadhan dan Hari Raya yang akan datang.”

    Acara berkenaan juga menyaksikan penyampaian snek kepada peserta latihan daripada Alex Lim dari Hong Guan, iaitu syarikat pembekal produk Thai yang juga turut menaja beberapa bahan dalam kelas berkenaan.

    Tags: Red Ruby, Duta Thailand, Kelas memasak, pencuci.mulit, an nur harapan, uniklearn, media permata, berita terkini, berita nasional, berita brunei, demonstrasi, makanan, masakan, thailand,

    PYT Boosara Kanchanalai turut menghadiri kelas berkenaan.
    Atas & Bawah: Antara pelatih An Nur Harapan yang menyertai kelas berkenaan/

    Red Ruby yang berjaya dihasilkan daripada kelas berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda