
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Lapan pemanah tempatan pulang dengan pengalaman berharga selepas menyertai Festival Memanah Tradisi Antarabangsa pada 27 hingga 28 Januari lalu di Ladang Alam Warisan, Daerah Sri Menanti di Negeri Sembilan, Malaysia baru-baru ini.
Lapan pemanah tersebut ialah Awang Haji Zainuddin bin Haji Awang Osman, Awang Adi Wardi bin Idris, Awang Muhamad Zulazizi bin Bujang, Awang Mohd Safiyullah bin Anuar, Dayang Siti Nurafiqah binti Haji Omar Ali Ra’aie, Dayang Amirah Aniyah binti Aziz dan Hajah Nur Fatin Liyana binti Haji Moslin. Mereka dipilih untuk mewakili negara setelah menyertai Kejohanan Memanah Tahunan Ar-Rafi 2017 pada Disember lalu.
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas baru-baru ini, wartawan Media Permata sempat menemu bual ketua pasukan, Haji Zainuddin yang menyatakan rasa bersyukur terpilih mewakili negara sekali gus gembira menjadi ketua pasukan dalam kejohanan itu. (Klik di sini untuk cerita lanjut)