Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 pemberontak, 2 kanak-kanak terbunuh pertempuran di Pakistan

    ISLAMABAD, 16 MAC – Pasukan keselamatan Pakistan menyerang tempat persembunyian militan berhampiran sempadan Afghanistan kelmarin, membunuh lapan pemberontak dan dua kanak-kanak serta mencederakan dua orang askar, kata pihak tentera.

    Tidak jelas siapa yang membunuh dua kanak-kanak itu semasa serbuan ke atas pos kawalan di Waziristan Selatan, sebuah daerah di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
    Tentera, dalam kenyataannya mengenai keganasan, tidak mengenal pasti kumpulan militan terbunuh.

    Waziristan Selatan merupakan pangkalan bagi Taliban Pakistan dan militan lain sehingga beberapa tahun lalu, apabila tentera berkata ia membersihkan wilayah itu daripada pemberontak.

    Tetapi serangan sekali-sekala berterusan.

    Taliban Pakistan, juga dikenali sebagai Tehreeke Taliban Pakistan, adalah kumpulan pemberontak yang berasingan daripada Taliban Afghanistan, walaupun kumpulan militan Pakistan sering dikaitkan dengan mereka yang merentasi sempadan di Afghanistan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda