Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Lapan peserta akhir terdiri daripada empat qari dan empat qariah memperdengarkan bacaan masing-masing di hadapan panel hakim dan para jemputan dalam Musabaqah Tilawatil Quran Peringkat Akhir sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas 2025, yang telah berlangsung petang tadi di Dar Al Intisar, Kompleks Sukan Jerudong.

