OTTAWA, 21 DIS – Lapan remaja perempuan telah didakwa membunuh dalam kes menikam hingga mati seorang lelaki warga emas di Toronto.
Sarjan Detektif Polis, Terry Browne memberitahu sidang media bahawa remaja tersebut – yang berusia dari 13 hingga 16 tahun – menyerang lelaki berusia 59 tahun itu di pusat bandar Toronto selepas tengah malam pada Ahad.
Tidak banyak yang diketahui mengenai remaja berkenaan, kecuali mereka telah berkenalan menerusi media sosial.
“Kami tidak tahu bagaimana atau mengapa mereka bertemu pada malam itu di pusat bandar Toronto,” kata Browne.
Budak-budak perempuan tersebut ditahan di kawasan berdekatan selepas serangan dan beberapa senjata dirampas. Browne menambah polis percaya mereka turut terbabit dalam pertengkaran ganas lain sebelum pembunuhan itu.
Mangsa dirawat oleh paramedik namun meninggal di hospital kemudian.
Dia telah menetap di pusat jagaan warga emas selepas mengalami beberapa peristiwa ‘malang,’ tetapi masih disara oleh keluarga, kata Browne. – AP


