Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 rentung dalam nahas

    NEW DELHI, 10 DIS – Lapan sekeluarga rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah trak di negeri Uttar Pradesh, utara India, kata polis hari ini.

    Kemalangan itu berlaku lewat semalam berhampiran Bhojipura di daerah Bareilly, kira-kira 276 kilometer ke utara Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

    “Kemalangan tragis berlaku di lebuh raya berhampiran Bhojipura di mana sebuah kereta bertembung dengan sebuah trak dan diseret. Ia serta-merta terbakar, memerangkap orang di dalamnya. Kereta itu terkunci, dan orang yang berada di dalam kenderaan tersebut mati terbakar.

    Tujuh orang dewasa dan seorang kanak-kanak terkorban,” beritahu Ghule Sushil Chandrabhan, pegawai kanan polis, kepada media. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda