Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    8 tamat latihan kebersihan tandas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Lapan peserta terdiri daripada enam buah agensi kerajaan dan syarikat hari ini telah berjaya menamatkan Latihan Role of Clean and Hygienic Public Toilets in the Tourism Industry of Brunei Darussalam dan menerima sijil dalam majlis yang berlangsung di Bilik VIP Hall, Tingkat 1, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

    Para peserta berkenaan adalah dari Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Jame’ Asr’ Hassanil Bolkiah, Bintudoh Greenspring Resort, Perusahaan Pengkalan Waris, Labulicious Farm dan Brunei River Cruise.

    Penyampaian sijil kepada para peserta latihan telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Pelancongan, Dayang Salinah binti Haji Mohd Salleh.

    Latihan itu dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama Pusat Serantau SEAMEO bagi Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (SEAMEO VOCTECH) di mana ia telah diadakan lapan sesi bermula pada 2021.

    Sejak latihan itu diadakan pada 2021, seramai 108 orang peserta telah menyertai dan menamatkan latihan di mana ia diberikan kepada pemilik, pengurus, penyelia dan kakitangan tempat-tempat menarik di Negara Brunei Darussalam, pengendali perkhidmatan pelancongan, restoran, gedung membeli-belah, pos kawalan, pasar, tamu dan pantai.

    Latihan itu bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pihak berkepentingan mengenai kebersihan tandas awam dan tatacara pembersihan tandas yang berkesan dengan menggunakan amalan terbaik.

    Ia dapat mengajar peserta-peserta mengurangkan ancaman pencemaran dan menjaga persekitaran tandas awam yang lebih bersih dan selamat untuk digunakan oleh para pelancong dan masyarakat umum.

    Selain itu, peserta turut belajar mengenai cara pengurusan tandas yang lebih efektif dan mengamalkan pengurusan serta pelupusan sisa yang betul bagi memastikan semua peralatan dan kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian di samping menyediakan tenaga kerja yang khusus untuk mengendalikan tandas.

    Menerusi program itu, Jabatan Kemajuan Pelancongan berharap supaya pengendali perkhidmatan pelancongan akan sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan yang betul dan efektif bagi sama-sama memastikan dan menjaga imej pelancongan negara yang mampan dan terpelihara.

    Dayang Salinah bergambar ramai dengan para peserta latihan semasa majlis penyampaian sijil, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Kemajuan Pelancongan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...