Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 terperangkap dalam lombong emas haram di Indonesia

    BANYUMAS, INDONESIA, 26 JULAI – Penyelamat Indonesia hari ini berlumba-lumba untuk menyelamatkan lapan orang yang terperangkap dalam lombong emas haram di Jawa, pulau terbesar di negara itu, kata pegawai.

    Lombong-lombong tidak berlesen, kebanyakannya tidak mengambil kira langkah keselamatan yang paling asas sekalipun, adalah perkara biasa di seluruh kepulauan Asia Tenggara yang kaya dengan mineral itu dan kemalangan kerap berlaku.

    Para pelombong sedang menggali di dalam lubang sedalam 60 meter di kampung Pancurendang, Jawa Tengah pada petang kelmarin apabila air tiba-tiba membanjiri lombong haram itu, kata polis. Dengan oksigen yang pantas berkurangan dan potensi banjir teruk di aci lombong, usaha menyelamat telah dibantu oleh tentera dan telah beralih kepada mengeluarkan air.

    “Kami menerima laporan pagi ini bahawa lapan orang terperangkap di dalam lombong, sekarang kami masih cuba menyedut air keluar, kami memberi tumpuan untuk menyelamatkan nyawa pelombong,” kata ketua polis tempatan, Edy Suranta Sitepu kepada pemberita hari ini.

    Pekerja-pekerja masuk ke dalam lombong pada 8 malam tadi dan telah terperangkap sejak itu, katanya.

    “Kami tidak tahu keadaan semasa mereka, mari kita berdoa agar mereka dapat dikeluarkan dengan selamat,” kata Sitepu, yang menambah lombong itu tidak berlesen. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda