Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 warga emas berbasikal ke Limbang

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Dengan semangat untuk menjadi warga yang sihat, umur tidak menjadi penghalang untuk melakukan aktiviti berbasikal kepada lapan orang warga emas berumur antara 60 hingga 70 tahun daripada Nice Cycling Team telah membuat aktiviti kayuhan basikal sejauh 74 kilometer.

    Kayuhan yang bermula dari Masjid Kampung Junjongan Limau Manis, Negara Brunei Darussalam seterusnya menuju ke Bandar Limbang, Sarawak.

    Rombongan yang diketuai oleh Haji Aminuddin bin Abd Karim itu diadakan bersempena dengan kayuhan Ilal Hirah 1446 Nice Cycling Team dengan tema ‘Bermula dan Berakhir Bersama’.

    Gambar ramai lapan orang warga emas bersemangat kental.

    Kayuhan dilakukan secara santai dan perlahan, berbekalkan dengan semangat yang kuat fizikal dan juga mental, walaupun terdapat beberapa cabaran sepanjang kayuhan dilakukan.

    Antara cabaran dan pengalaman yang dilalui semasa kayuhan itu adalah cuaca yang panas ditambah dengan keadaan jalan raya yang mencabar memaksa mereka berhati-hati semasa melaluinya.

    Kejayaan menamatkan kayuhan pergi balik yang dicapai oleh lapan orang warga emas itu telah membuktikan semangat setia kawan dan kerjasama padu dalam berpasukan.

    Semangat kental lapan orang warga emas, mengayuh basikal sejauh 74 kilometer Masjid Limau Manis ke Bandar Limbang dan balik semula ke Bandar Seri Begawan.

    Peserta kayuhan bergambar ramai sebaik saja memasuki bandar Limbang. – GAMBAR -GAMBAR SERAHAN NICE CYCLING TEAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda