Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Lebih 80 ahli Kelab Penyokong Rasmi Liverpool Brunei (OLSCB) berkumpul bagi menyokong dan menyemarakkan lagi perlawanan sulung kelab bola sepak, Liverpool FC menentang Ipswich Town Edisi Kejohanan EPL 2024-2025 di sebuah hotel di Beribi, baru-baru ini.
Hadir semasa acara berkenaan ialah Presiden OLSCB, Awang Alli Faiz, Pengarah Urusan HiTune Group of Companies, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang selaku Pengarah Urusan YAKIN Football League, Ketua Pegawai Eksekutif HiTune Group of Companes, Dayang Hernah Nur Imani bin Muhd Jeffrey serta para ahli kelab.

Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Awang Alli Faiz melahirkan rasa teruja terhadap sokongan padu daripada para peminat dan penyokong pasukan Liverpool di negara ini. Beliau turut menyatakan bahawa kumpulan berkenaan mempunyai semangat yang tinggi sebagai tanda sokongan kepada kelab bola sepak Liverpool FC yang diminati ramai sebelum melancarkan aktiviti OLSCB berkenaan.
Pada masa yang sama, tambahnya, perjumpaan itu memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain. Para ahli OLSCB juga menyaksikan kemenangan pasukan Liverpool FC ke atas Ipswich Town dengan keputusan, 2-0.


