BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Seramai 80 anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menghadiri taklimat perancangan kewangan anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang berlangsung di Ibu Pejabat PDB, Gadong, baru-baru ini.
Taklimat disampaikan oleh Perancang Kewangan Islam BIBD, Hajah Masururah binti Haji Baki itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan BIBD dalam meningkatkan kesedaran dan manfaat pengurusan kewangan yang lebih baik, di samping menekankan kepentingan kesedaran literasi kewangan di negara ini.
Aktiviti itu juga diharapkan agar dapat melindungi masa depan kewangan para peserta dengan menyemai tabiat menyimpan yang lebih baik dan mewujudkan keputusan yang bertanggungjawab.