Saturday, April 19, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 cedera dalam perlanggaran bas di New York

    MOSCOW, 7 JULAI – Lebih 80 orang cedera dalam perlanggaran antara dua bas di New York, 18 daripadanya dimasukkan ke hospital, Sputnik memetik Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) hari ini.

    “Kami telah membawa 18 pesakit yang tidak mengalami kecederaan serius yang mengancam nyawa ke hospital. Kami sedang memeriksa kira-kira 63 yang lain. Kedua-dua bas penuh dengan penumpang,” kata Timbalan Ketua EMS Bahagian 1, Paul Hopper.

    Insiden itu berlaku di Manhattan pada 7 malam pada Khamis (11:00 GMT) apabila bas pelancong dua tingkat itu merempuh bas Rangkaian Transit Metropolitan, kata Jabatan Bomba Bandar Raya New York.

    Saksi memberitahu penyiar ABC News bahawa perlanggaran itu dipercayai berpunca daripada pemandu bas pelancong melanggar lampu merah. – Bernama

    Dua bas rosak selepas berlanggar di New York kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda