Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 pelajar perempuan diracun di utara Afghanistan

    KABUL, 5 JUN – Hampir 80 kanak-kanak perempuan diracun dan dimasukkan ke hospital dalam dua serangan berasingan di sekolah rendah mereka di utara Afghanistan, kata seorang pegawai pendidikan tempatan, kelmarin.

    Ini merupakan kali pertama serangan seperti seumpamanya berlaku sejak Taliban berkuasa pada Ogos 2021 dan memulakan tindakan keras mereka terhadap hak dan kebebasan wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan.

    Kanak-kanak perempuan dilarang melanjutkan pendidikan melebihi tahun enam, termasuk universiti, dan wanita dilarang daripada bekerja dan berada di tempat awam.

    Pegawai pendidikan tersebut mengatakan bahawa orang yang mendalangi serangan itu mempunyai dendam peribadi tetapi tidak memberikan penjelasan lebih lanjut.

    Serangan berlaku di wilayah Sar-e-Pul pada Sabtu dan Ahad.

    Hampir 80 pelajar perempuan diracun di daerah Sangcharak, kata Mohammad Rahmani, yang mengetuai jabatan pendidikan wilayah. Beliau berkata 60 pelajar diracun di Sekolah Naswan-e-Kabod Aab dan 17 lagi diracun di Sekolah Naswan-e-Faizabad.

    “Kedua-dua sekolah itu berdekatan antara satu sama lain dan menjadi sasaran secara berurutan,” katanya kepada The Associated Press. “Kami membawa pelajar ke hospital dan kini mereka semua dalam keadaan baik.”

    Siasatan jabatan itu sedang dijalankan dan siasatan awal menunjukkan seseorang yang berdendam membayar pihak ketiga untuk melakukan serangan itu, kata Rahmani.

    Dia tidak memberikan maklumat tentang bagaimana kanak-kanak itu diracuni atau apa yang mereka alami. Rahmani tidak menyatakan umur mereka tetapi berkata mereka berada di tingkatan satu hingga enam.

    Negara jiran, Iran telah digegar-kan oleh gelombang keracunan, kebanyakannya di sekolah perempuan, sejak November lalu. Ribuan pelajar berkata mereka jatuh sakit selepas menghidu gas beracun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda