Saturday, March 1, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 penunggang motosikal sertai Kembara Ride jelajah ibu kota

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Seramai 80 penunggang motosikal telah menyertai Kembara Ride Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 (HK-41) anjuran Persatuan Motosikal Kembara dengan kerjasama kelab-kelab permotoran yang lain terdiri daripada PMT, SOM, 9+Skullz, Black Eagle, Dangsanak MG, Motohead MG dan MotoMart BN, baru-baru ini.

    Para peserta yang bukan hanya terdiri daripada warga tempatan bahkan juga negara jiran Malaysia telah berhimpun terlebih dahulu di Gerai OKSB Haji Zaini, Jangsak sebelum menerusi perjalanan konvoi menuju ke dua lokasi iaitu di luar pagar hadapan Istana Nurul Iman dan juga kawasan berdekatan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dan juga Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

    Perjalanan mereka diakhiri di salah sebuah kediaman di Kampung Kasat di mana setiap perhentian lokasi telah diserikan dengan detik bergambar ramai. Pada acara itu, para peserta juga menerima sumbangan bendera kecil daripada pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dah Sukan.

    Dengan penganjuran acara berkenaan, ia dihasrat untuk terus menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini serta para peserta dari negara jiran di samping mengukuhkan lagi silaturahim sesama para peminat permotoran sama ada yang sudah lama terjalin mahupun yang baharu.

    Para penunggang motosikal bergambar ramai di kawasan berdekatan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN MOTOSIKAL KEMBARA
    GAMBAR SERAHAN PERSATUAN MOTOSIKAL KEMBARA
    GAMBAR SERAHAN PERSATUAN MOTOSIKAL KEMBARA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda