Tuesday, October 1, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR – Sivasundaram

    KUALA LUMPUR, 30 SEPT – Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram berkata prestasi pengadil serta penggunaan VAR dinilai sangat cemerlang, dengan purata 0.57 On-Field Review (OFR) bagi setiap perlawanan dan purata masa tambahan 2.27 minit digunakan untuk semakan VAR.

    “Mengikut garis panduan Konfederasi Bola sepak Asia (AFC), bilangan OFR dan masa tambahan VAR Review di liga kita berada pada paras terendah. 

    “Ini bermakna penggunaan VAR di Liga Malaysia pada ketika ini berada pada landasan yang terbaik sepertimana standard operasi VAR yang ditetapkan oleh FIFA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dalam pada itu, Sivasundaram berkata FAM dan Liga Bola sepak Malaysia (MFL) akan memulakan latihan VAR Batch ke-2 bermula Oktober 2024 dan dijangka akan tamat pada Februari 2025. 

    Katanya barisan pengadil VAR fasa kedua terdiri daripada pengadil dan penolong pengadil yang muda dan berpotensi.

    “Seramai 21 Pengadil akan dilatih sebagai pengadil VAR, 21 Penolong Pengadil sebagai Assistant Video Assistant Referee (AVAR) dan 12 orang dilatih sebagai Replay Operator (RO). – Bernama

    VAR digunakan ketika simulasi perlawanan bagi persiapan menjelang saingan Liga Malaysia 2024 di Stadium UiTM Shah Alam pada 19 April lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda