Saturday, October 12, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 projek bernilai RM7.7 bilion di Sarawak dilaksana

    KUCHING, 11 OKT – Sebanyak 80 projek pembangunan fizikal bernilai RM7.7 bilion sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan di Sarawak bagi tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    Beliau berkata projek tersebut melibatkan fasa prakontrak yang bernilai RM3.2 bilion dan fasa pembinaan yang bernilai RM4.5 bilion.

    Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki di Kuching, hari ini, Nanta berkata sebanyak RM152 juta juga diperuntukkan bagi projek-projek penyenggaraan jalan Persekutuan di Sarawak, tahun ini.

    “Penyenggaraan melibatkan kerja-kerja berkala bagi permukaan tertutup dan bukan tertutup, lampu jalan, jambatan serta peruntukan khas untuk jurutera daerah dan kerja rutin,” katanya.

    Majlis Penyerahan Dua Projek Siap Serentak itu melibatkan pembinaan bangunan baharu untuk SK Jalan Haji Baki dan SK Sungai Spaoh di Sarikei, yang disiapkan oleh Pasukan Projek Khas 2 JKR Persekutuan sebagai agensi pelaksana. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda