Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 sertai seminar karate

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Persatuan Karate Shitokai Brunei Darussalam dengan kerjasama Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF), Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) dan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah menganjurkan Seminar Karate pada 28 dan 29 November lalu.

    Menerusi seminar yang dijalankan di Dewan Serba guna, Berakas itu telah menjemput dua orang atlet karate dari Jepun, Ryo Kiyuna dan Uekusa Ayumi. Ryo Kiyuna merupakan juara Olimpik 2020 manakala Uekusa Ayumi pernah menjuarai WKF.

    Lebih 80 orang peserta telah berpeluang menyertai seminar berkenaan yang bukan hanya terdiri daripada anak tempatan bahkan juga luar negara seperti Malaysia, Filipina dan India.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada hari pertama seminar berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru.

    Manakala tetamu kehormat pada hari terakhir pula Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Seminar berkenaan antaranya bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan para peserta sekali gus menimba pengalaman daripada dua orang pengamal karate terbaik di dunia.

    Kejayaan acara berkenaan turut menerima sokongan dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan DD-Pykes Waste Management Services Sdn Bhd.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama peserta yang menyertai seminar tersebut. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN KARATE SHITOKAI BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda