Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 sukarelawan jentera kerajaan MADANI digerakkan untuk misi pasca banjir

    LABUAN, 23 SEPT – Seramai 80 sukarelawan terdiri daripada warga Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya digerakkan menerusi jentera kerajaan MADANI bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah di Sabah.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, misi itu adalah susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan jentera Kerajaan MADANI segera digerakkan bagi membantu mangsa banjir di negeri berkenaan.

    Inisiatif itu dikenali sebagai Misi Pasca Banjir Wilayah Persekutuan bersama Sabah yang memulakan fasa pertamanya di Membakut dengan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan St Patrick dan Tadika Pei You.

    “Selain itu, bekalan keperluan asas turut dihantar ke Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Membakut untuk diagihkan kepada keluarga terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dr Zaliha diwakili Ketua Pengarah JWP, Datuk Seri Noridah Abdul Rahim dalam misi berkenaan.

    Antara sumbangan yang diberikan termasuk 60 tilam, 100 bantal, 100 selimut, 60 tuala dan 60 kain sarung. – Bernama

    Dr Zaliha bercakap pada sidang media di pejabatnya pada 12 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda