Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    80 terima sumbangan Pasar Raya Orbit

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Sebagai aktiviti tahunan dalam bulan Ramadan, Pasar Raya Orbit Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan wang tunai $50 dan satu kotak minuman ringan kepada lebih 80 orang penerima daripada golongan yang kurang bernasib baik di Daerah Brunei dan Muara.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, para penerima sumbangan terdiri daripada warga emas, anak-anak yatim dan golongan berkeperluan khas yang dipilih oleh ketua Kampung Salambigar dan Kampung Lambak Kanan.

    Ini merupakan kali ke-14 kempen amal seumpamanya dianjurkan oleh Pasar Raya Orbit Salambigar.

    Pengerusi Kumpulan Teeyem, Haji Badurudeen dan Pengarah Urusan Pasar Raya Orbit, Anwar Ali melahirkan perasaan gembira dalam menyampaikan sumbangan berkenaan serta berharap usaha itu akan dapat membantu mengurangkan beban para penerima semasa musim perayaan yang bakal menjelang.

    Berikutan wabak COVID-19, penyampaian sumbangan diadakan secara pandu lalu bagi mengekalkan penjarakan sosial.

    Turut menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung Sungai Hanching dan Salambigar, Haji Abdul Rahman bin Safar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...