Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    800 pesilat dari 16 negara bakal berentap

    KUALA LUMPUR, 9 JAN – Seramai 800 pesilat daripada 16 negara bakal beraksi pada Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Kuching pada 27 Februari hingga 5 Mac depan.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak bersedia menganjurkan kejuaraan sulung berkelas dunia itu selain menerima kehadiran ribuan pencinta silat dunia.

    “Malah, persiapan dari segi logistik juga kini berada pada tahap terbaik menjelang kejuaraan bertaraf premier ini. Sambutan bagi edisi sulung ini amat baik apabila negara seperti Indonesia, Singapura dan United Kingdom akan turut serta menghangatkan bandar Kuching sepanjang seminggu penganjuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dalam pada itu, Timbalan President Rumpun Silat Sarawak (RSS) berkata kejohanan merupakan penanda aras dan perintis untuk RRS menganjurkan kejohanan siri silat Sarawak pada masa akan datang.

    Katanya RSS komited memastikan perjalanan kejohanan terbabit dijayakan dengan cemerlang. “Saya berharap para pesilat dapat mempamerkan aksi berkelas dunia serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi seiring dengan nilai seorang pesilat,” katanya.

    Kejuaraan Silat Premier Antara-bangsa Sarawak 2023 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM87,510 bagi juara keseluruhan selain tali pinggang kejuaraan diperkenalkan buat pertama kali bagi juara keseluruhan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...