Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    8,000 anggota ditugaskan bagi festival air Myanmar

    YANGON, 30 Mac – Pihak berkuasa Myanmar akan menempatkan seramai 8,000 anggota keselamatan menjelang sambutan perayaan festival air Thingyan di Yangon.

    Menurut agensi berita China Xinhua, festival air itu akan disambut pada 13 hingga 16 April dan tahun baharu Myanmar jatuh pada 17 April.

    Anggota keselamatan itu terdiri daripada 5,000 anggota polis, 1,000 polis trafik dan 1,000 pegawai bomba.

    Sebarang bar minuman keras atau bilik tertutup tidak dibenarkan diwujudkan di lokasi sambutan perayaan.

    Kenderaan polis akan ditempatkan di beberapa lokasi dan kamera litar tertutup turut dipasang di kawasan tumpuan.

    Gambar fail – suasana ketika festival air itu diadakan tahun lepas. – AFP
    Gambar fail – suasana ketika festival air itu diadakan tahun lepas. – AFP

    Kawalan keselamatan juga ditempatkan di kawasan rehat popular seperti Tasik Kandawgyi, Tasik Inya, Tasik Thadu dan Hutan Simpan Hlawga serta di beberapa rumah berhala popular.

    Mahkamah wilayah juga akan dibuka setiap hari semasa perayaan bagi membolehkan tindakan diambil jika ada berlaku kes dan rungutan.

    Pada sambutan tahun lepas sebanyak 80 kes dilaporkan di wilayah Yangon termasuk satu kematian dan 24 kecederaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda