NEW DELHI, 26 FEB – Pengawal pantai India menyelamatkan 81 pelarian Rohingya bersesak dalam sebuah bot di Laut Andaman semalam.
Bot itu dipercayai meninggalkan Bangladesh pada 11 Februari lalu dengan 90 penumpang termasuk 65 wanita dan kanak-kanak perempuan, menuju ke Langkawi, Malaysia.
Jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivastava, turut mengesahkan lapan pelarian ditemui mati dalam bot berkenaan manakala seorang dilaporkan hilang.
“Ia dikesan awal minggu ini oleh pasukan pengawal pantai India di Laut Andaman antara kepulauan Andaman dan Nicobar di India, yang memberi bantuan awal kepada mereka.” – Xinhua