Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    81 warga JPM terima anugerah PKL

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Seramai 81 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah dianugerahkan Pingat Kerja Lama (PKL) sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun bagi 2022.

    Majlis penyampaian pingat berkenaan telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan JPM, hari ini dan disempurnakan oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Antara lain tujuan majlis berkenaan adalah untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan pengiktirafan bagi warga JPM atas jasa bakti mereka kepada raja, kerajaan dan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan.

    Di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, pengiktirafan berkenaan juga dapat meningkatkan motivasi penerima untuk terus mencurahkan bakti kepada kerajaan dan negara.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Hakim Syarie, timbalan-timbalan menteri di JPM, setiausaha-setiausaha tetap dan para jemputan khas.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyempurnakan penyampaian PKL kepada salah seorang penerima. – Gambar Rokiah Mahmud
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menyempurnakan penyampaian PKL pada majlis yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan JPM, kelmarin. – Gambar Rokiah Mahmud

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda