Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa Rihanna meninggal dunia

    Bapa penyanyi Rihanna iaitu Ronald Fenty meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat Sabtu lalu.

    Berita pemergian bapa penyanyi lagu Umbrella itu dimaklumkan oleh portal Starcom Network, namun punca kematian tidak didedahkan.

    Menurut sumber, sewaktu Ronald, 70, menghembuskan nafas terakhir, mendiang ditemani seluruh anggota keluarganya di hospital.

    Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Rihanna berhubung kematian bapanya itu, menurut petikan mStar.

    Untuk info, hubungan Rihanna dan Ronald dingin sejak sekian lama sebelum kedua-duanya kedua kembali berdamai.

    Untuk rekod, Ronald bercerai dengan ibu Rihanna iaitu Monica Braithwaite pada 2002.

    Selain Rihanna, pasangan itu turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Rajad dan Rorrey. – Agensi

    Rihanna (kanan) pernah mempunyai hubungan dingin dengan bapanya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda