Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Seramai 82 orang bakal jemaah haji bagi tahun 2023M/1444H yang mengikuti pakej di bawah At-Taqwa Travel Tours telah menghadiri Taklimat Pengurusan dan Penghayatan Ibadah Haji yang berlangsung di Kompleks Annajat, hari ini.
Hadir semasa sesi taklimat berkenaan ialah Pengarah Urusan At-Taqwa Travel Tours, Pengiran Haji Rosdimar bin Pengiran Haji Omaralli yang turut menyampaikan ucapan serta pesanan kepada para bakal jemaah haji.
Ketua Pegawai Operasi At-Taqwa Travel Tours, Pengiran Haji Mohd Fakhrulrazi bin Pengiran Haji Omaralli telah menerangkan perkara-perkara yang harus dilakukan oleh para bakal jemaah haji sebelum dan juga semasa berada di tanah suci.
Sesi taklimat berkenaan antara lain bertujuan bagi memberi pendedahan dan seterusnya melancarkan segala urusan para bakal jemaah haji khususnya semasa mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut.



