Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    82 maut dalam nahas lebuh raya Yangon-Mandalay

    YANGON, 12 DIS – Seramai 82 orang terbunuh dan 301 yang lain cedera dalam 151 kemalangan jalan raya di lebuh raya Yangon-Mandalay, Myanmar dalam tempoh 11 bulan tahun ini, kata Timbalan Syerif Pejabat Polis Lebuh raya, Myo Lin Thant kepada Xinhua hari ini.

    Dari 1 Januari hingga 30 November 2023, mangsa korban termasuk 58 lelaki dan 24 perempuan, manakala yang cedera termasuk 167 lelaki dan 134 perempuan, katanya.

    Kos kerosakan yang ditanggung dianggarkan berjumlah lebih 400 juta kyat, tambahnya.

    Kesilapan manusia seperti memandu melebihi had laju, memandu secara melulu dan memandu dalam keadaan mengantuk adalah faktor biasa berlakunya kemalangan lebuh raya di negara itu, kata timbalan syerif. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda