Saturday, July 26, 2025
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Filipina lafaz Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Seorang wanita warga Filipina telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup apabila melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam satu majlis pengislaman di kediaman Dayang Rokiah @ Sintan binti Haji Besar, No. 16, Simpang 879, Kampung Tanah Jambu petang tadi.

    Jasmin Palma Bandianon, 56, kini memilih nama Islam, Siti Ameera Palma binti Abdullah.

    Menurut kenyataan, Siti Ameera Palma merupakan seorang balu yang bekerja sebagai pembantu rumah yang menganut agama Kristian sebelum ini dan berasal dari Passi City, Iloilo, Filipina.

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti Lafaz Ikrar Pengislaman serta lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Siti Ameera Palma di hadapan pegawai Bahagian Pengembangan, Dakwah Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan juga ahli keluarga, penduduk setempat serta para jemputan yang hadir.

    Menurut PDI, seramai 136 orang telah memeluk agama Islam di seluruh Negara Brunei Darussalam sejak awal Januari hingga 17 Julai dan 70 orang daripadanya adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

    Majlis seumpama ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkasa dan membimbing para mualaf ke arah penghayatan Islam yang sempurna serta memperkukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

    Caption: Siti Ameera Palma dalam majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda