Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Dalam menunjukkan perpaduan yang mendalam, 84 individu menyertai acara Hari Solidariti Antarabangsa untuk Palestin, anjuran Global Shapers Community Bandar Seri Begawan (GSC BSB), baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah, The Core, Universiti Brunei Darussalam (UBD) itu bermatlamat untuk menguatkan suara rakyat Palestin dan nyawa yang terkorban.
Malam itu menyaksikan bacaan puisi oleh Dina Alias bertajuk Children of Palestine dan dialog tertumpu kepada pengalaman hidup calon PhD Gaza dalam Syariah dan Undang-undang dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Jehad Mhanna dengan dikendalikan oleh personaliti media, Tiwin Aji.
Persembahan video Gaza’s Fights for Freedom memberikan konteks kepada dialog tersebut. Dialog itu merangkumi topik-topik penting secara meluas, menyelidiki naratif rakyat Palestin, menekankan kemanusiaan, ketabahan dan kepercayaan bersama mereka.
Ia juga membawa perhatian kepada subjek penting seperti akses wanita kepada kebersihan.
Selain itu, vendor-vendor tempatan seperti Little Miss Shaky Hands, Jomtesliyur.bn, Let’s Coffee dan Kittinah Bakes menyumbang 100 peratus hasil acara malam itu kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023.
Semasa acara berakhir, GSC BSB menyuarakan harapan untuk memperbesarkan kepentingan berdiri dalam solidariti dengan Palestin dan menekankan kesan mendalam sokongan individu.


