Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amaran hujan lebat, ribut hampir seluruh Semenanjung M’sia, Sarawak

    KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda hampir keseluruhan negeri di Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.

    Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka meliputi seluruh negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal berlaku di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar, sementara di Perak merangkumi kawasan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

    Di Terengganu melibatkan Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman; manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh; selain Selangor membabitkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

    Sementara itu, di Johor, cuaca buruk dijangka melanda antaranya Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Manis, Daro, Matu dan Dalat). – Bernama 

    Amaran hujan ribut di beberapa kawasan Malaysia. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda