Jumaat, 21 November 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    United tumpaskan Chelsea kurangkan tekanan pada Amorim

    MANCHESTER, 21 SEPT – Manchester United meredakan tekanan ke atas bosnya, Ruben Amorim setelah tewaskan Chelsea dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain di Old Trafford.

    Chelsea Robert Sanchez dibuang padang selepas hanya lima minit perlawanan bermula kelmarin setelah menerpa Brtyan Mbuembo di luar petak penalti.

    Bruno Fernandes kemudiannya dengan pantas meletakkan United di hadapan dengan jaringan ke-100 untuk kelab itu dalam semua pertandingan dalam penampilan ke-200 Liga Perdana apabila memanfaatkan tandukan Patrick Dorgu ke hadapan gol Chelsea.

    Casemiro menggandakan pendahuluan United sebelum pemain tengah Brazil itu turut dibuang padang pada masa kecederaan separuh masa pertama.

    Jaringan balas lewat daripada Trevoh Chalobah untuk Chelsea mencetuskan perlawanan yang tegang, tetapi United bertahan hanya untuk memperoleh kemenangan kedua mereka dalam enam perlawanan dalam semua pertandingan musim ini dan

    Pasukan Amorim kini naik ke tangga kesembilan dan memberi sedikit ruang kepada jurulatih Portugal itu.

    “Saya rasa terdesak. Sudah tentu tindakan Sanchez dibuang padang membantu kami tetapi kami juga dilayangkan kad merah akibat Casemiro. Kami nampaknya sentiasa suka merumitkan permainan kami,” kata Amorim.

    “Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan kepada pengkritik dan selalunya mereka yang betul. Hari ini kami menang dan ia adalah hari yang baik untuk kami.”

    Amorim, yang hanya memenangi sembilan daripada 32 perlawanan liga, tidak seharusnya berpuas hati kerana pelbagai siri kekalahan dan telah berbelanja besar untuk merombak United.

    United mengalami kekalahan memalukan ditewaskan Grimsby divisyen keempat pada Ogos sebelum kalah 3-0 di Manchester City hujung minggu lalu menunjukkan kelemahan dalam pasukan.

    Sementara Chelsea terpaksa memasukkan Filip Jorgensen menggantikan Sanchez yang dihukum selain mengeluarkan pemain sayap Estevao Willian dan Pedro Neto untuk menguatkan pertahanan.

    Kesengsaraan Chelsea semakin memuncak apabila penyerang England, Cole Palmer terpaksa keluar dengan akibat kecederaan pangkal paha yang berulang menjadikan tiga pertukaran yang luar biasa dalam hanya 21 minit dalam perlawanan yang menghadapi hujan.

    Nasib memihak kepada Amorim pada minit ke-37 apabila Jorgensen hanya berdiri terpaku setelah tandukan Casemiro menerjah gawang.

    United bergelut untuk mencari sebarang rentak pada separuh masa kedua dan Chalobah mengurangkan defisit pada minit ke-80 apabila dia menyempurnakan hantaran lintang James dengan tandukan kuat menewaskan Altay Bayindir.

    Namun, sudah terlambat bagi Chelsea dan terpaksa menerima kekalahan liga pertama mereka musim ini sementara Amorim menarik nafas lega. – AFP

    Aksi Bruno Fernandes menjaringkan gol pertama menentang Chelsea kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda