Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

    GENEVA, 31 JULAI – Seramai 85 pesakit kritikal dan cedera dari Semenanjung Gaza telah dipindahkan ke Abu Dhabi kelmarin untuk menerima rawatan dalam operasi bersama berskala besar, lapor Xinhua.

    Dibantu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama kerajaan UAE dan rakan kongsi lain, pemindahan itu menandakan operasi terbesar seumpamanya sejak Oktober 2023.

    Pesakit yang terdiri daripada 35 kanak-kanak dan 50 orang dewasa itu dipindahkan dari Gaza melalui lintasan Kerem Shalom ke Lapangan Terbang Ramon di Israel. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda