LONDON, 29 SEPT – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata pasukannya menunjukkan mereka bersedia ke ‘peringkat seterusnya’ dalam memburu Liga Perdana selepas tewaskan Newcastle 2-1 kelmarin.
The Gunners memanfaatkan sepenuhnya kekalahan pertama Liverpool musim ini di Crystal Palace 24 jam lebih awal untuk naik ke tangga kedua dan dengan jarak dua mata.
Pada mulanya, Nick Woltemade telah meletakkan Newcastle mendahului pada separuh masa pertama.
Arsenal hampir kalah sehingga Mikel Merino menanduk masuk pada minit ke-84 sebelum jaringan Gabriel Magalhaes mengesahkan kemenangan pada minit keenam masa tambahan.
Anak buah Arteta telah menduduki tempat kedua dalam tiga musim lalu dan tidak memenangi gelaran sejak 2004.
“Kami membincangkan prestasi lalu untuk pergi ke peringkat seterusnya. Pertama sekali, awda perlu belajar dari masa lalu dan pastinya kami mengambil beberapa pengajaran semasa kalah di sini,” kata Arteta dari Arsenal yang menamatkan sumpahan Newcastle ke atas mereka.
Bagi Newcastle pula, ia adalah seperti deja vu selepas Liverpool menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-100 dalam aksi yang mencemaskan semasa kalah 3-2 di St. James’ Park bulan lepas.
Eddie Howe, bagaimanapun, menerima bahawa pasukannya masih belum mencapai standard yang mereka lakukan musim lalu dalam memenangi Piala Liga dan layak ke Liga Juara-Juara.
Newcastle telah memenangi hanya satu daripada enam perlawanan pembukaan Liga Perdana mereka dan tewas kepada Barcelona dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara.
“Dua gol lewat di sini di laman sendiri memang menyakitkan. Kami perlu berlajar dan mengakui bahawa kami tidak berada pada tahap terbaik kami,” kata Howe.”Bukannya tiada usaha yang kurang daripada segi permainan bola sepak, cuma asih belum cukup.” – AFP


