PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 28 MEI – Kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi mungkin mendesak 86 juta kanak-kanak menghadapi risiko kemiskinan pada akhir 2020, menurut satu kajian bersama oleh Save the Children dan UNICEF semalam.
Ia akan membawa jumlah kanak-kanak yang terjejas oleh kemiskinan di seluruh dunia kepada 672 juta, pertambahan sebanyak 15 peratus berbanding tahun lalu, kata kedua-dua agensi bantuan dalam satu kenyataan.
Hampir dua pertiga daripada kanak-kanak berkenaan tinggal di negara Afrika Sahara dan Asia Selatan.
“Skala masalah kewangan di kalangan keluarga mengancam membantut perkembangan bertahun-tahun dalam mengurangkan kemiskinan kanak-kanak dan meninggalkan kanak-kanak tanpa perkhidmatan asas,” pengarah eksekutif UNICEF Henrietta Fore dipetik sebagai berkata dalam kenyataan.
Dengan tindakan segera, ‘kami boleh menghalang dan membendung ancaman pandemik, menghadapi negara paling miskin dan kanak-kanak yang paling mudah terjejas,” tambah ketua Save the Children, Inger Ashing. – AFP