Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    869 pegawai, anggota APM Perak sedia hadapi banjir

    IPOH, 26 OKT – Seramai 869 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak bersiap siaga bagi menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal berlaku pertengahan November ini hingga Mac tahun depan.

    Timbalan Pengarah APM Perak, Leftenan Kolonel (PA) Mohammad Azwani Kusnin berkata kesemua anggota berkenaan ditempatkan di 12 daerah melibatkan 171 hotspot yang telah dikenal pasti.

    “Bagi melancarkan operasi, sebanyak 41 buah kenderaan darat pelbagai jenis membabitkan lori, kereta pacuan empat roda, ambulans serta van, selain 56 kenderaan air boleh digerakkan pada bila-bila masa mengikut keperluan.

    “Daripada sudut operasi, kita bukan hanya bertindak untuk menyelamatkan mangsa yang terjejas untuk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malah pada masa sama pemantauan turut dilakukan berkaitan kadar peningkatan paras air sungai,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

    Terdahulu Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM, Kol (PA) Fazlisyah Muslim dalam kenyataan menegaskan lebih 13,000 anggotanya bersedia digerakkan dalam tempoh 24 jam ke seluruh negara bagi menghadapi bencana banjir.

    Beliau turut memaklumkan jumlah itu akan bertambah mengikut keperluan selain penglibatan sukarelawan terlatih dan pasukan bantuan pertahanan awam (CDA).

    Sementara itu, Mohammad Azwani berkata setakat ini pemantauan khusus diberikan terhadap daerah Kerian dan Hilir Perak memandangkan kedua-dua lokasi tersebut sering dinaiki air setiap kali musim MTL. – Bernama

    Kol (PA) Fazlisyah Muslim ketika sidang media pada majlis sumbangan bencana alam daripada Coca-Cola Bottlers Malaysia (CCBM) di Bandar Enstek. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...