Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    88 kes mpox di Indonesia

    JAKARTA, 19 OGOS – Indonesia merekodkan sekurang-kurangnya 88 kes cacar monyet (mpox) dari 2022 hingga tahun ini, dengan wilayah Jakarta menjadi yang paling teruk terjejas, menurut Kementerian Kesihatan.

    Pemangku Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Dr Yudhi Pramono mendedahkan bahawa taburan kes termasuk 59 di Jakarta, 13 di Jawa Barat, sembilan di Banten, masing-masing tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta dan satu di Kepulauan Riau.

    “Daripada jumlah itu, 87 kes telah pulih. Kemuncak kes mpox yang disahkan berlaku pada Oktober 2023, seperti yang ditunjukkan dalam trend mingguan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

    Beliau menegaskan bahawa varian Clade IIb, yang mempunyai kadar kematian yang lebih rendah dan kebanyakannya tersebar melalui hubungan seksual, terlibat dalam 54 daripada kes itu. – Bernama

    Mikrograf elektron transmisi berwarna bagi zarah cacar monyet (merah) ditemui dalam sel yang dijangkiti (biru), dibiakkan dalam makmal yang diambil gambar dan dipertingkatkan warnanya di Kemudahan Penyelidikan Bersepadu NIAID di Fort Detrick, Md. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda