Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    88 pelajar dilantik diraikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Seramai 53 orang pelajar yang dilantik sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 35 orang pelajar yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Remaja (PRR) diraikan dan menerima watikah pelantikan mereka pada Majlis Penyerahan Tugas dan Watikah Pelantikan Ahli MPP dan PRR sesi 2019/2020 yang berlangsung di Auditorium Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), Gadong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Dekan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Brunei, Dayangku Ida Nurul-Fitri binti Pengiran Haji Kahar.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengetua Maktab Duli, Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim, timbalan-timbalan pengetua, guru-guru kanan, ahli-ahli persatuan ibu bapa dan guru, ibu bapa serta pensyarah-pensyarah maktab berkenaan.

    Pada majlis itu, Hajah Monaliza menyatakan tahniah kepada ahli-ahli MPP dan PRR yang telah dilantik serta menyatakan peranan penting yang dimainkan oleh mereka dalam maktab berkenaan.

    Semasa majlis itu, Yang Dipertua MPP sesi 2019/2020, Awang Muhammad Ayyub bin Haji Hussin dan Yang Dipertua PRR sesi 2019/2020, Jason Tan Kia Seng dalam ucapan mereka pula menyatakan penghargaan kepada ahli-ahli MPP dan PRR sesi 2018/2019 di atas dedikasi dan komitmen mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan.

    Majlis diteruskan dengan pelantikan rasmi ahli-ahli MPP dan PRR yang disempurnakan oleh Dayangku Ida Nurul-Fitri dan diakhiri dengan lafaz ikrar oleh para ahli-ahli MPP dan PRR yang baharu dilantik.

    Dayangku Ida Nurul-Fitri menghadiri Majlis Penyerahan Tugas dan Watikah Pelantikan Ahli MPP dan PRR sesi 2019/2020 di Auditorium Maktab Duli.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda