Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    88 pelanggan terpilih untuk sertai cabutan utama

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Seramai 88 orang pelanggan Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan Mazda di Brunei Darussalam, kelmarin, telah dipilih untuk menyertai cabutan utama ‘Promosi 365 Hari Mazda’ pada 12 Januari ini.

    Cabutan bagi memilih para pelanggan berkenaan telah dibuat oleh wakil dari Baiduri Finance Berhad, Penolong Pengurus Pemasaran, Pong Bee Thing dan Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Muhammad Ali bin Haji Metussin serta wakil-wakil BIBD At-Tamwil Berhad iaitu Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam, Awang Mohd Firdaus bin Haji Mokim dan Pengurus bagi Perkhidmatan Jualan Luar, Awang Mohamad Asmali bin Razali.

    Pada cabutan utama itu nanti, seorang pemenang bertuah akan membawa pulang sebuah kereta serba baru Mazda CX-3, manakala hadiah-hadiah lain untuk dimenangi itu nanti termasuk wang tunai, MacBook dan iPhone. Kesemua 88 orang pelanggan itu akan menerima hadiah pada hari tersebut.

    Promosi itu telah berjalan sejak 1 Januari hingga 31 Disember lalu yang mana hampir 600 orang pelanggan menyertainya yang telah yang membeli mana-mana model Mazda secara automatik menerima satu kupon cabutan bertuah.

    Para peserta yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan disiarkan melalui akhbar.

    Wakil-wakil perbankan dari Baiduri Finance dan BIBD At-Tamwil bergambar ramai bersama kakitangan Grand Motors Sdn Bhd selepas mencabut nama pelanggan bagi cabutan utama ‘Promosi 365 Hari Mazda’ pada 12 Januari ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda