Friday, November 22, 2024
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    88 rakyat Palestin maut dalam dua serangan udara Israel di Gaza

    GAZA CITY, 21 NOV – Sekurang-kurangnya 88 rakyat Palestin maut dalam dua serangan udara Israel di kawasan perumahan di utara Semenanjung Gaza awal pagi tadi, dengan orang awam dan kakitangan hospital membantu mengangkut mereka yang cedera dan maut ke hospital selepas tentera Israel memusnahkan infrastruktur bantuan kecemasan Pertahanan Awam Palestin, lapor agensi Anadolu (AA).

    Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia, kata sumber perubatan kepada Anadolu, memberikan anggaran awal.

    Orang ramai membawa mangsa yang maut dan cedera ke hospital kerana tiada pasukan penyelamat Pertahanan Awam Palestin untuk membantu mereka selepas tentera Israel memusnahkan infrastruktur mereka, kata sumber itu.

    Beliau menambah pasukan perubatan dari Hospital Kamal Adwan membantu menyelamatkan mangsa dari bawah runtuhan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda