Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    88 terima sumbangan barangan persekolahan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    TEMBURONG, 30 DIS – Seramai 88 orang anak yatim dan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan di Daerah Temburong telah menerima sumbangan berupa barangan persekolahan dalam Program Bantuan Amal Kembali ke Sekolah pada majlis yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Temburong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan), Awang Muhammad Saufi bin Haji Ibrahim.

    Pelajar Tahun 8 di Sekolah Menengah Sultan Hasan Bangar, Awang Mohd Danish Izzuddin bin Mohd Danial dalam temu bual melahirkan rasa syukur dan gembira dengan sumbangan yang diterima.

    “Dengan adanya sumbangan seumpama ini, ia dapat meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan persekolahan,” jelasnya.

    Program anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) melalui jabatan-jabatan daerah diadakan secara serentak di keempat-empat daerah.

    Antara lain tujuan program berkenaan adalah untuk membantu meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan persekolahan menjelang tahun 2025 nanti.

    Turut hadir, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), pemangku pegawai daerah, penghulu-penghulu mukim, pemangku-pemangku penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pemangku-pemangku ketua kampung, ketua rumah panjang, pegawai KHEDN, dan ketua-ketua kluster, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, serta jemputan-jemputan khas.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa barangan keperluan sekolah seperti alat-alat tulis serta peralatan sekolah lain dan pakaian seragam sekolah.

    Awang Muhammad Saufi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Awang Mohd Danish Izzuddin bersama ibu semasa ditemu bual media. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...