Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    8,873 orang dihukum langgar kod hemat

    BEIJING, 24 Okt – Seramai 8,873 orang pegawai dan kakitangan awam dihukum September lalu kerana melanggar kod hemat lapan perkara parti, menurut badan tertinggi anti rasuah Parti Komunis China (CPC) semalam.

    Mereka terlibat dengan 6,451 kes di seluruh negara, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pusat CPC bagi Pemeriksaan Disiplin dan suruhanjaya penyeliaan kebangsaan.

    Daripada kes-kes itu, 1,508 berkaitan pengeluaran subsidi atau kebajikan tanpa kebenaran, manakala 1,225 adalah kerana memberi atau menerima hadiah atau wang, 954 kes bagi menggunakan kereta rasmi tanpa kebenaran, 834 kerana menggunakan dana awam bagi jamuan dan 601 kerana mengadakan majlis perkhawinan atau upacara pengebumian mewah.

    Kes-kes lain berkaitan perlanggaran, termasuklah perjalanan dengan dana awam dan membina pejabat tanpa kebenaran. CPC telah mengeluarkan keputusan lapan perkara bagi penambahbaikan parti dan pengendalian kerajaan dalam tahun 2012, untuk mengurangkan amalan kerja yang tidak diingini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda