Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    88kg heroin dirampas di tengah Myanmar

    YANGON, 29 NOV – Pihak berkuasa Myanmar merampas 88kg heroin di rantau Mandalay, menurut kenyataan dari Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC) hari ini.

    Bertindak atas maklumat, polis antinarkotik bersepadu membuat tangkapan di perbandaran Patheingyi kelmarin.

    Dadah heroin bernilai 5.28 bilion kyats (AS$4.06 juta) telah dirampas dari sebuah trak.

    Polis perbandaran memfailkan kes ke atas empat suspek yang berkaitan dengan kes tersebut dan siasatan selanjutnya dijalankan di bawah undang-undang dadah narkotik negara itu, menurut kenyataan.

    Pada hari yang sama, 17.5kg candu dan 5,700 pil perangsang telah dirampas di perbandaran Mohnyin, negeri Kachin. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda