Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    89 Finalis bersaing di Anugerah Permulaan ASEAN

    KUALA LUMPUR, 29 Nov – Seramai 89 finalis daripada 10 negara ASEAN akan bertemu dalam peringkat akhir Anugerah Permulaan Rice Bowl ASEAN (Rice Bowl) pada 13 Disember depan, yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawanan Global (GEC).

    Yayasan Usahawan Baru (MyNEF), berkata usahawan permulaaan serantau yang disenarai pendek itu akan berpeluang untuk mewakili Asia Tenggara dalam Anugerah Permulaan Global pada tahun depan.

    “Anugerah tersebut memberi pengiktirafan kepada syarikat permulaan yang cemerlang, yang menyediakan penyelesaian domestik serta mampan kepada isu-isu tempatan dengan inovasi bertaraf dunia, serta berpotensi besar untuk dikembangkan pada peringkat serantau,” katanya dalam satu kenyataan.

    Ketua Pegawai Eksekutif MyNEF dan Pengerusi Rice Bowl Lilyana Latif, berkata anugerah berkenaan telah menjadi gelanggang rasmi Asia Tenggara sebelum pergi ke Anugerah Permulaan Global, jenama ‘Rice Bowl’ kini telah menjadi sinonim sebagai platform yang dihormati oleh usahawan-usahawan permulaan serantau yang berkehendakkan akses pasaran, pembiayaan dan pendedahan media. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda